SIHAT DAN CANTIK ATAU CANTIK DAN SIHAT?

Wanita  sangat sinonim dengan kecantikan dan kesihatan. Namun keutamaan yang mana dahulu sering kita tidak pernah ambil peduli.

Sihat dan cantik atau cantik dan sihat??

Seeloknya dan sebaiknya adalah sihat dahulu harus kita utamakan. Bermula dengan amalan sihat, senaman dan juga pemakanan merupakan aspek penting dalam kehidupan harian kita. Apabila kita menjaga kesihatan secara automatik  wajah dan diri serta penampilan kita akan kelihatan menarik, menawan dan cantik secara semulajadi.

Bila tidak sihat, dapat kita bayangkan wajah dan rupa kita yang tidak bermaya, kusam, badan lemah tidak ada daya dan tidak mampu untuk melakukan aktiviti dan rutin harian. Tapi bila kita sihat dan cergas serta bebas dari sebarang penyakit sudah pasti hidup kita lebih ceria dan cergas.

Pilihan untuk pemilihan gaya hidup bermula dari diri kita sendiri. Sihat dan cantik itu asasnya bermula dari dalaman kita. Betapa pentingnya kesihatan dalaman untuk kita titikberatkan dan ambil kira. Cantik itu sangat subjektif tapi sihat itu sangat penting untuk kita melakukan aktiviti harian dan rutin kesihatan adalah keutamaan kita.

Jadi pemilihan makanan dan minuman dalaman kita perlu tahu apa yang sesuai. Jika zaman nenek moyang kita dahulu pengamal jamu tanpa ada kesan yang negatif malah mereka sangat kuat bekerja dan cergas sahaja dalam melakukan kerja kampung. Kini jamu mudah untuk kita temui dalam bentuk minuman harian dan di campur dalam coffee, tea dan juga jus. Latifah Omar merupakan pengeluar jamu dan mnuman sensasi coffee dan tea. Anda boleh lihat produk produk keluaran Latifah Omar di website kami www.productlatifahomar.com atau di page fb kami latifah omar beverage.

Comments