SALAM 2020.
Alhamdulillah masih belum terlambatkan Cik Fazz dan warga Latifah Omar untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020.
Akhirnya dapat juga bernafas dan berada di tahun wawasan 2020 ni.
Banyak kenangan pahit dan manis warga kerja LATIFAH OMAR HQ sepanjang tahun 2019. Namun yang pahit kita tinggalkan di belakang, buang jauh jauh dan jadikan ia pengalaman dan sempadan.
Kenangan yang manis pula kita bawa ke depan sebagai kenangan untuk kita terus berjuang, berdaya saing dan melangkah jauh lagi untuk kelangsungan hidup.
TAHUN 2019 Cik Fazz bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja dan memohon keperluan yang sepatutnya dari beberapa agensi yang mana ada dana untuk usahawan usahawan. Sememangnya jujur Cik Fazz maklumkan, sepanjang ibu Cik Fazz memulakan perniagaan LATIFAH OMAR GROUPS sejak tahun 2000 tidak pernah sekalipun memohon geran atau kemudahan perniagaan dari mana mana agensi kerajaan. Hanya dengan bank sahaja yang di pohon itupun setelah 10 tahun berniaga.
Biar betul? Bagaimana Puan Latifah Omar menjalankan perniagaan tanpa pinjaman bank dan dana dari agensi agensi kerajaan?? Okey kisah tu nanti Cik fazz kongsikan di entri lain ya
Sebenarnya untuk entri ini Cik fazz nak ucapkan terima kasih kepada FAMA PERAK beri peluang pada LATIFAH OMAR GROUPS meningkatkan perniagaan. memberi dana geran pembungkusan baru produk KOPI PEGAGA dan KOPI TING TING.
Permohonan pada pertengahan tahun 2019, awal tahun 2020 sudah ready untuk digunapakai. Dana untuk rolls stick produk KOPI PEGAGA DAN KOPI TING TING sudah ready...
SWEET kan memori 2019 untuk LATIFAH OMAR GROUPS.
"Se Sweet macam yang dalam gambar tu kan.."
#alhamdulillah #famaperak #latifahomar #kopipegaga #kopitingting

Comments
Post a Comment