LATIFAH OMAR (LO)

 Hai semua..


Ramai yang bertanya dan tertanya tanya, sebenarnya LATIFAH OMAR (LO) buat apa? Keluarkan apa? Setiap kali Cik Fazz live atau update status di media sosial, pasti akan ada yang tanya produk apa tu? Pejabat apa tu?

Mana yang tahu tentang LO pula bertanya pejabat di mana ya? Macam mana nak dapatkan produk LO?


Okey, okey mari Cik Fazz jelaskan ya satu persatu. LO bermula dengan mengeluarkan produk herba di mana di warisi secara turun temurun dari zaman nenek moyang. Herba asli yang di buat ketika zaman nenek moyang Cik Fazz zaman dahulu kala, kini di inovasikan oleh ibu Cik fazz (Puan Latifah Omar) dan kini di warisi oleh Cik Fazz. Zaman dahulu jamu ni di hasilkan secara manual dan bahannya mudah untuk di dapati dengan hanya masuk ke dalam hutan dan di adunkan sendiri. Di jemur, di basuh dan di keringkan secara manual. Nampak tak gigihnya nenek moyang kita zaman dahulu masuk hutan, keluar hutan, buat jamu semata mata untuk minum sendiri dan nak cergas, sihat dan bertenaga. 

Sekarang semuanya mudah di hujung jari, nak herba apa hanya taip di google, facebook dan media sosial yang lain. Terlalu ramai dan banyak yang mengeluarkan jamu, pilihan di tangan anda. Tak perlu cari hanya pesan sahaja dengan pembekal herba dan kita proses pula sekarang semi auto, guna mesin pengering (oven) dan juga mesin kisar khas untuk herba. Melalui herba yang sedia ada kita campurkan pula dengan minuman sensasi, memberikan aroma dan rasa yang sesuai untuk di minum dan di amalkan bagi setiap lapisan masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalaman dan sesuai dengan peredaran masa dan zaman.


Latifah Omar (LO) mengeluarkan beberapa jenis herba dan minuman sensasi, juga memasarkan produk produk minuman di bawah jenama Latifah Omar, di mana pusat dan pejabat kami beroperasi di NO.4B JALAN NIAGA 1, KG SG TAPAH TAMBAHAN, 30020 IPOH PERAK.   


Waktu Operasi kami 

Isnin hingga Sabtu 

8.30pagi Hingga 5.30ptg..

Comments