PANDEMIK COVID 19 MENGAJAR KITA.....

 


Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua.. 


Ya Allah setelah berbulan kini baru Fazz berpeluang untuk menaip dan menulis sesuatu di blog Latifah Omar HQ. Berkongsi tentang apa sahaja yang berguna untuk anda semua, berceloteh dengan cara menulis  tentang apa saja manfaat yang berguna untuk kita semua.

Saat kita semua di landa pandemik COVID 19 bermacam usaha kerajaan, frontliners dan juga semua rakyat mengambil berat sesama sendiri, menjaga diri dan lebih mudah kita jaga kita demi keselamatan semua cuba mengelak dari COVID 19.


Kepada semua peniaga dan ekonomi kita sangat terkesan sungguh kan dengan PANDEMIK COVID 19, namun kita semua sebagai umat Islam tetap berpegang teguh dengan kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah SWT bahawa segala bentuk rezeki semua datang dari Nya, segala semua ujian datang daripadaNya. Kita semua terus cekal, tekad dan tawaduk dengan semua cabaran yang ada di depan kita sekarang ini.


Cik fazz dan team LO juga turut terkesan dengan situasi PANDEMIK COVID 19, namun kita semua jangan pernah mengeluh, teruskan usaha, gigih, kekalkan berdoa dan yakin semua ini pasti akan berakhir dan pasti akan ada sinar kemenangan dan kemanisan di pengakhirannya nanti, yang pasti terus yakin dengan Nya. Sentiasa bersyukur kepadaNya. Kami tetap terus perjuangkan produk produk keluaran LO di mana Insyaallah terus memberi dan mengeluarkan produk minuman sensasi yang berasaskan kesihatan dalaman semulajadi bermula dari herba, ulaman dan sunnah. 


Kebaikan dan manfaat yang ada kita akan kongsikan bersama untuk kebaikan bersama. Sebarkan kebaikan demi kesihatan sejagat untuk memudahkan kita semua beribadah dab beramal. Insyaallah.

Comments