AKTIVITI SETIAP HARI SABTU.


Dalam seharian bekerja, bukan hanya kita perlu serius sentiasa, sesekali kena pastikan gerak kerja dan cara kerja kita ceria, ada gelak tawa, riang ria dan perlu ada waktu kita kena cipta suasana yang tanpa ada kesan tegang dan tekanan.

Bagaimana cara kami, bahagia cara kami, suka dan suka cara kami team Latifah Omar berhibur. Memang kalau kita anggap kerja itu satu beban maka ia akan menjai bebanan pada kita. Kalau kita anggap kerja itu satu ibadah dan punca rezeki yang halal Insyaallah kita akan bekerja dengan rasa gembira dan seronok. Maka sebagai majikan juga memainkan peranan. Tak perlu nak serius, nak bergaya sakan sesaja, kena juga bertoleransi dan membahagiakan jiwa pekerja. 

Bagaimana cara Cik fazz memberi keceriaan dan memenangi jiwa mereka. Ha kami sama sama memberi pendapat, menyumbang tenaga, idea dan bekerjasama.

Mereka mahu Cikfazz berlakon dan beraksi, okey boleh, sesekali mereka pun kena beraksi bersama dengan Cikfazz. Maka Cikfazz bagi mereka mencari idea, untuk membuat video bersama sama setiap hari Sabtu, WAJIB OKEY(Kecuali kalau I ada hal emergency).. Live pun wajib setiap hari Sabtu. Maka hari Sabtu mereka akan bergelak ketawa bersama bagi menghasilkan sesuatu video atau live yang semua nya dari idea mereka. Cikfazz suka beri ruang pada mereka untuk berkarya mengikut idea mereka, bebas dan cikfazz hanya akan memantau sahaja. Jadi mereka pasti akan merasa wah, ladyboss suka dengan idea dan puas hati dengan idea dan hasil kerja aku. Bila video mereka jadi trending lagi mereka suka kan... Kita puji hasil kerja mereka mereka akan suka. Bagi mereka belajar kerana pengalaman itu memang mahal dan boleh diguna pakai untuk diri sendiri di masa akan datang. 

Dan seminggu sekali atau bila ada rezeki lebih Cik Fazz akan belanja mereka makan. 
Insyaallah jika ada rezeki lebih akan ada reward lain nanti...😇😇😇










 Gambar di atas aktiviti pada hari

 SABTU 2hb October 2021.

 Konsep nenek kebayan. 

Tajuk :RAHSIA JAMU AKU TURUN TEMURUN

Comments