PERNIAGAAN ITU PERLU DIPELBAGAIKAN MENGIKUT ALIRAN DAN KEPERLUAN


Assalammualaikum semua ,

Wah wah kemana sahaja LO selama ini menghilang, tiada apa apa kisah pun dikongsikan di BLOG LATIFAH OMAR HQ ni ya.

Bukan apa Cikfazz agak sibuk sedikit sampai kealpaan untuk update di blog. Insyaallah kita cuba buat satu persatu ya. 

Kali ini Cikfazz nak berceloteh sedikit di mana LATIFAH OMAR ni begitu banyak rupanya perniagaannya sehingga mungkin ada yang pening mana satu perniagaan dan apa yang sebenarnya LO ni buat, bila lihat di medsoc sekejap tentang kopi, sekejap tentang mini mart, sekejap tentang tea, sekejap tentang choc, sekejap sedang pack produk. Sekejap ada pula kiosk. 

Okey, okey bertenang ya. 

Begini LO sebenarnya pengeluar produk minuman instant berasaskan herba dan sunnah, asalnya kami pengeluar herba sejak turun temurun tapi lama kelamaan Puan Latifah Omar inovasikan herba di campur dengan minuman sensasi pada tahun 2000 supaya ramai yang sihat dan cergas dalaman selepas amalkannya. 

Pertama KOPI PEGAGA kalau anda nampak gambar kami sedang packing KOPI PEGAGA masuk ke dalam kotak, sebenarnya kami adalah pengeluar ya bukan pengedar, maka bila namanya pengeluar kami yang packing sendiri produk bila di kilang kekurangan tenaga pekerja terpaksa kami bawa separuh stok yang dah siap di proses ke HQ untuk di packing.

Tapi kami bukan sahaja pengeluar COFFEE malah kami juga ada minuman instant yang lain seperti green tea, tea, kopi O, HONEY LEMON, ICE LEMON TEA, CHOC dan banyak lagi.




Bila kami pengeluar coffee dan minuman sensasi maka kami buka kiosk COFFEE SHOP air trend ikut resipi kami tersendiri, di mana bobba, shake dan blended tapi kami masih kekalkan kesihatan dan utamakan minuman berasaskan kesihatan supaya siapa yang minum air keluaran kami rasa cergas, cerdas, sihat meleting leting dan bebas dari sebarang penyakit.





Madu dan herba kami juga proses sendiri dan pack sendiri, sebab kami pengeluar. Jadi segala bahan dalam minuman instant kami dan coffee shop kami Insyaallah berasaskan bahan bahan herba dan sunnah dan bahan bahan penambah perisa yang sedap dan melazatkan untuk anak tekak. 



 

Comments