SEJARAH LO

 

LATIFAH OMAR satu jenama di mana sudah berada di pasaran sejak tahun 90'an. Namun pada awalnya LO hanya pengeluar HERBA & MAKANAN SUNNAH seperti herba akar kayu, ulam ulaman dan madu. 

Seiring dengan peredaran masa dan zaman, LO mula inovasikan produk ulaman dan herba dengan minuman sensasi WHITE COFFEE. Tahun 2000 mula membuat resepi atau R&D untuk produk baru ULAMAN PEGAGA di campur dengan WHITE COFFEE. Alhamdulillah pertengahan tahun 2000 terhasil produk minuman WHITE COFFEE PEGAGA. Namun setiap tahun perubahan dari segi rasa dan kualiti sentiasa di titikberatkan untuk meluaskan pasaran, maka setiap tahun perubahan dan pembaharuan dilakukan bagi menepati citarasa pelanggan. TAHUN 2004 telah menemui dan mendapat cutarasa yang tepat untuk semua penggemar KOPI PEGAGA, dan seterusnya mengorak langkah dengan mengeluarkan produk minuman herba KOPI JAMU dan dalam masa mula mencipta LOGO dan daftar TRADEMARK.

Seterusnya LO terus berjuang dalam pemasaran dan tetap menjaga kualiti, tahun 2006 mula mengorak langkah lagi menaiktaraf urusan perniagaan dengan PARTNER yang ada maka LO bekerjasama dengan KILANG COFFEE dalam meneruskan usaha memantapkan lagi pasaran yang ada. Mula membuat produk untuk company yang mahu produk sendiri. LO mengeluarkan produk produk untuk usahawan yang ingin jadi founder dan ada produk sendiri. 

Alhamdulillah, walau menghadapi pelbagai cabaran, namun sudah 23 tahun KOPI PEGAGA dan jenama LATIFAH OMAR berada di pasaran. Setiap cabaran dan masalah itu adalah pengalaman yang mendewasakan dan memantapkan setiap urusan kita untuk di masa akan datang. 

Doakan ya semoga jenama dan produk LATIFAH OMAR terus berkembang dan maju dalam apa jua yang kami kerjakan. TERIMA KASIH kepada semua yang sentiasa support LO. Syukur pada Mu ya Allah.


Comments